Saturday 30 June 2012

RESCUE ANIMAL LOVE THEM : STAR anjing yang ditembak tetapi selamat!

KISAH STAR:

Seekor anjing mixed-breed yang diberi nama STAR telah dijumpai dalam keadaan ditanam hidup-hidup hingga paras hidung setelah ditembak di bahagian kepala sebanyak 40 kali. Dia telah dijumpai berdekatan dengan bandar Bizebbuga oleh pegawai kebajikan haiwan.

Operasi penyelamat Star dilakukan selepas mereka mendengar suara rintihan anjing (Star) dari bawah tidihan papan dan tunggul pokok, kelihatan seekor anjing ditanam hidup-hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan ditambahkan lagi dengan suara rintihan anjing (Star) tersebut. Lebih menyedihkan lagi setelah digali keadaan Star sangat malang dimana semua empat anggota badannya telah diikat termasuk mulut Star juga diikat kemudian ditembak di bahagian kepala sebanyak 40 kali.


 Keadaan Star ketika ditemui ditimbus.

Mulut Star diikat.
Kemudian Star dibawa ke Ta' Qali Hospital untuk operasi menyelamatkannya dan Doktor telah mengeluarkan sebanyak 40 pelet dari tengkorak Star dan ajaibnya Star dapat diselamatkan. Kes ini telah menyebabkan kemarahan penduduk Malta dan perlakunya akan dipenjara selama satu tahun atau denda sebanyak € 46.500.

Korang boleh tgk video ni, sedikit cerita mengenai STAR: 

 

Tapi hayat Star tidak lama, Star telah pun mati pada jam 3 petang selepas 19 hari dia diselamatkan pada 6 Jun 2011. Star mati disamping orang-orang yg menyayanginya. Star mati bukan mati kerana ditembak tapi mati kerana pembengkakan yang serius di dalam pankreas nya.

Sabtu lalu anjing itu menghabiskan masa selama beberapa jam dengan bakal pemilik barunya untuk membiasakan diri dengan mereka dan persekitaran yang baru. Tetapi dia kemudian dihantar semula ke pusat kebajikan kerana sakit.

Nasib anjing menarik perhatian di banyak negara dan ramai orang telah menawarkan untuk menempatkan dia.

Kematian Star sangat diambil perhatian yg meluas sehingga ceritanya disiarkan di rancangan TV CNN.

Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran sama-sama la menghormati hidupan lain. Tak kira la sama ada anjing atau binatang lain jangan la kita seksa mereka. Mereka mempunyai rasa sakit sama seperti kita. 

Banteras penganiayaan terhadap hidupan lain!!

RESCUE ANIMAL LOVE THEM!!

No comments:

Post a Comment