Thursday 5 July 2012

♥♥ 6 Nasihat Untuk Muslimah ♥♥

Ingin menjadi wanita yg solehah bukan perkara senang dan juga bukan perkara yg susah...selagi kita ikut garis panduan yg telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, Insyallah kita mungkin akan tergolong dalam wanita solehah...

Jadi entri kali ni saya nak berkongsi beberapa perkara atau nasihat untuk muslimah bagi menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang perkara-perkara yg setiap muslimah kene patuhi.

PERKARA 1
TIDAK MENTAATI SUAMI

Tidak mentaati suami adalah dengan membantah dengan keras, meninggikan suara di hadapannya, mengingkari temannya, serta mengeluh terhadapnya dengan sebab atau tanpa sebab.

Diriwayatkan daripada makcik Hushain bin Muhshan, dia berkata, " Saya telah pergi menemui Rasulullah S.A.W. untuk suatu keperluan. Lalu Baginda S.A.W. bersabda,

" Adakah kamu mempunyai suami?" "Ya." Saya menjawab. Baginda bertanya lagi, " Bagaimanakah sikap kamu terhadapnya?" Saya menjawab, "Saya selalu berusaha untuk patuh kepadanya dengan segala kemampuan yang ada."

Kemudian Baginda bersabda, "Ketahuilah, kedudukan kamu ada di sisinya. Dialah syurga dan neraka kamu."

Diriwayatkan daripada Qais bin Said R.A. dia berkata, "Saya melihat penduduk Al-Hairah sujud kepada pemimpinnya, padahal kamu lebih berhak untuk disembah. Rasulullah S.A.W. lalu bersabda,
"Seandainya saya boleh menyuruh seseorang itu bersujud kepada manusia, maka saya tentu akan memerintahkan para wanita untuk bersujud kepada suaminya, kerana Allah telah menjadikan para suami dengan hak yg besar ke atas mereka."


PERKARA 2
BERSALAMAN DENGAN LELAKI

Ini merupakan kesalahan yg selalu berlaku di kalangan kaum wanita ketika bertemu dengan lelaki yg bukan mahramnya. Banyak dapat kita lihat, seorang wanita yg bersalaman dengan anak pakcik, anak makcik, saudara ipar dan rakan kerjanya, ia lebih mudah daripada meminum segelas air.

Nadi S.A.W. bersabda, "Lebih baik seseorang menusukkan jarum besi di kepala salah seorang di antara kamu daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya."

Hendaklah juga diketahui bahawa dengan berlapik tangan ketika bersalaman, tidak mengubah hukum, malah ini tetap perbuatan yang diharamkan.


PERKARA 3
MEMINTA CERAI TANPA ALASAN

Ramai kaum wanita yang meminta cerai daripada suaminya hanya disebabkan permasalahan kecil. Kadang-kadang emosi itu disebabkan oleh sebahagian  kerabat atau orang lain yang sengaja menghancurkan rumah tangganya.

Nabi S.A.W. bersabda,
"Wanita manapun yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada masalah, maka diharamkan baginya wangian syurga."

Baginda juga bersabda,
"Sesungguhnya wanita yang meminta cerai dan wanita yang suka bertengkar sekaligus meminta cerai adalah wanita yang munafik."

Namun, jika timbul permasalahan hukum agam  seperti meninggalkan solat, suami yang ketagihan dadah, memaksa isterinya melakukan perbuatan haram atau menyeksa isteri dan kejahatan yang lain, sedangkan nasihat yang diberikan tidak memberi manfaat, maka bukan masalah bagi wanita tersebut meminta cerai.


PERKARA 4
MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI

Perkara yang tidak dapat dimungkiri oleh orang yang berakal sihat dan fitrah yang lurus serta memiliki semangat agama yang tinggi akan mengharamkan pemakaian kasut tumit tinggi yang biasa digunakan oleh kaum wanita. Kasut tumit tinggi akan mengeluarkan suara yang dapat menarik perhatian kaum lelaki.

Berhati-hatilah wahai ukhti muslimah untuk tidak menggunakannya dihadapan lelaki yang dapat menjerumuskan kamu pada dosa.

PERKARA 5
PENGGUGURAN

Amalan ini telah meluas di zaman sekarang, pelbagai tujuan. Majlis yang tertinggi ulama Mesir telah mengeluarkan keputusan nombor 140, bertarikh 20/6/1407H seperti berikut;

1. Tidak boleh menggugurkan kandungan pada fasa-fasa keberapa pun daripada kehamilan, kecuali dengan alasan syar'ie dan di dalam batas yang sangat kecil sekali.

2. Jika pada masa kehamilan pertama, iaitu ketika janin baru berumur kurang daripada empat puluh hari, lalu ada keinginan untuk menggugurkan kandungannya kerana ditakuti tidak mampu untuk mendidik anak, takut tidak mampu memikul beban hidup dan pendidikan mereka, maka perkara ini tidak dibolehkan.

3. Tidak dibenarkan menggugurkan kandungan jika sudah menjadi segumpal darah atau segumpla daging, sehingga diputuskan oleh badan kerana kesihatan yang mengancam nyawa ibu.

4. Tidak boleh menggugurkan kandungan jika telah mencapai empat bulan kehamilan, tetapi dibenarkan sekiranya boleh menyebabkan kematiannya setelah diusahakan dengan pelbagai cara.

PERKARA 6
BERLEBIHAN DI DALAM MENGADAKAN PESTA PERNIKAHAN

Ramai masyarakat yang bersaing di dalam mengadakan pesta pernikahan di atas desakan daripada pihak wanita, sehingga mengeluarkan belanja yang sangat besar, yang melebihi keperluan tetamu undangan, agar dilihat kemegahan pesta itu.

Allah telah merendahkan sikap berlebih-lebihan di dalam dua puluh dua ayat yang terdapat di dalam Al-Quran. Diantaranya adalah firman Allah S.W.T. yang bermaksud,
"Dan janganlah berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
                                                                                                                                  (Al-A'raf:31)

No comments:

Post a Comment