Thursday, 17 November 2011

★ Cat + Baby + Us ★



Entry kali ni nak bercerita mengenai fakta penting tentang kucing. Buka minda anda seluas-luasnya...
Kerana kita sering salah faham mengenai perkara ini...

Jom kita sama-sama memahami apa manfaat membela kucing terhadap manusia:

1. Mencegah Alergi
Jika anda mempunyai bayi, mungkin anda akan mempertimbangkan untuk membela kucing atau melarang bayi anda mendekati kucing. Ada beberapa kajian bayi yang baru lahir yang hidup bersama haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang. Contoh terdekat dimana kita dapat lihat bayi-bayi di luar negara seperti AS mereka membenarkan bayi-bayi mereka bermain bersama kucing. 

2. Membantu mencegah asma pada anak kecil
Selain membantu mencegah alergi berkembang, ia juga dapat mencegah anak anda daripada menghidapi penyakit asma. Terdapat beberapa bukti yg menyokong kenyataan diatas. Ini kerana sentuhan antara anak-anak anda dan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.


Lain-lain kelebihan memiliki kucing di rumah:

3. Mengurangkan Risiko penyakit Kardiovaskular dan serangan sakit jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah 30-40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit ini berbanding mereka yang membela kucing.

4. Meningkatkan fungsi sistem imun (daya tahan penyakit)
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakan anda dengan hanya mengusap-usap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah?
Menurut State University of New York, mereka yang mempunyai haiwan kesayangan lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah berbanding mereka yang tidak membela haiwan.

6. Mengurangkan risiko stroke
Dengan memiliki kucing juga dapat mencegah dari penyakit stroke.

7. Mengurangkan stress dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dengan cara berbicara atau sesi luahan perasaan bersama kucing dan menikmati rasa kasih-sayang daripada kucing tanpa ada syarat.


8. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu menghilangkan kesunyian. Hanya dengan menghabiskan masa bersama kucing

P/S : Pastikan kucing peliharaan anda sentiasa dalam keadaan bersih dengan memandikan kucing anda setiap 2 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA!!
SAYANGILAH HAIWAN KESAYANGAN NABI NI.

-ⓧⓞⓧⓞ-
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★




No comments:

Post a Comment